• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

Bantuan Ekonomi Keluarga

  • Management
  • Manager:
  • Email:
  • Website:
Share:

Bantuan Ekonomi Keluarga

Dalam memastikan kualiti hidup dapat dikecapi, pendapatan rakyat mesti diselamatkan daripada percukaian yang menindas golongan miskin dan menyebabkan berlakunya inflasi melampau seperti GST. Justeru, GST mesti dihapuskan. Sebagai alternatifnya, akan diperkenalkan cukai yang adil terhadap lebihan pemilikan harta golongan kaya seperti cukai ke atas simpanan korporat dan cukai pegangan saham di Bursa Malaysia bagi menambah pendapatan negara.

Ke arah peningkatan ekonomi mikro khususnya bagi menambah nilai pendapatan isi rumah, tawaran bantuan sekali (one-off) sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah bakal memberi kesan besar pada rakyat. Ia sekaligus suatu usaha ke arah memantapkan institusi kekeluargaan apabila si ibu mampu meraih pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dan merisikokan tanggungjawab kepada keluarga khususnya anak-anak.

Untuk memastikan golongan fakir dan miskin dapat menikmati asas keperluan makanan harian, GAGASAN menawarkan program “It’aam Kebangsaan” (It’am bermaksud memberi makan)*untuk memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan ini secara bulanan. Di saat keperluan rakyat marhaen dapat diberikan jaminan, kesejahteraan akan melebar dalam masyarakat.

Dasar pembangunan sedia ada telah gagal memberikan kesejahteraan yang adil kepada rakyat marhaen khususnya. Justeru GAGASAN akan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan agar ia berupaya menangani kemiskinan dan menyusun semula ketidak seimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Leave a Reply