• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

Pendidikan Percuma

  • Management
  • Manager:
  • Email:
  • Website:
Share:

Pendidikan Percuma

Dari sudut pendidikan pula, kos pendidikan dikurangkan menerusi tawaran bas sekolah percuma. Ia adalah hadiah besar khususnya bagi rakyat marhaen. Bebanan hutang kerana pendidikan dikurangkan menerusi tawaran pelupusan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.

Bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, serta masyarakat bandar dan luar bandar, GAGASAN menawarkan untuk mengembalikan sistem kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Begitu juga ke arah memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar, GAGASAN akan mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Pendidikan juga sewajarnya digerakkan menerusi penggunaan bahasa rasmi yang menjadi pengantara seluruh rakyat Malaysia. Justeru, tawaran GAGASAN ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.

Leave a Reply