• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

Hak Pemilikan Kenderaan

  • Management
  • Manager:
  • Email:
  • Website:
Share:

Hak Pemilikan Kenderaan

Untuk memberi hak kepada rakyat marhaen memiliki kereta kali pertama, ditawarkan peluang memiliki kenderaan di bawah 1300 cc dengan pengecualian duti eksais dan pembiayaan berasaskan Qardun Hasan iaitu pembiayaan tanpa faedah. Pengecualian duti eksais akan menyelamatkan pendapatan rakyat sehingga hampir 15k jika kenderaan itu berharga sekitar 40k. Bayaran ansuran bulanan akan menjadi kecil dan menambah nilai pendapatan bulanan boleh guna rakyat. Ia adalah hadiah untuk anak-anak muda yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Untuk mengurangkan lagi kos hidup melibatkan kenderaan, kadar bayaran tol yang menghakis sebahagian pendapatan rakyat juga akan distruktur kembali menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol melebihi 15 tahun. Pengurangan atau penghapusan tol bakal merancakkan lagi penggunaan lebuhraya oleh rakyat marhaen dan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi menerusi penjimatan kos dan masa di samping menambah lagi nilai pendapatan boleh guna rakyat.

Leave a Reply