• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

DR ABD RANI OSMAN

Penyelaras Parlimen Kapar

DR ABD RANI OSMAN

2001 Graduate Columbia University in the City of New York, Department of Political Science. Author of numerous articles on Economics and Public Management.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Background

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau yang berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.

Perkhidmatan yang beliau sumbangkan amat dirasai dan dihargai penduduk Meru. Kini, klinik beliau diselia oleh beberapa orang doktor gantian dan pelatih justeru beliau kini merupakan seorang wakil rakyat.

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agam dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru,
8G, Jalan Limau Tambun,
Taman Kiyai Ridwan,
Batu 7, Jalan Meru Tamabahan, Pekan Meru
41050 Klang,
Selangor.

Leave a Reply