• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

Parlimen Kapar

DR ABD RANI OSMAN
PENYELARAS PARLIMEN ANDA

DR ABD RANI OSMAN

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah. Beliau telah membuka klinik tersebut semenjak sekian lamanya dan bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.. Sebelum ini beliau meruapan ADUN bagi DUN Meru. Sudah banyak projek pembangunan dan kemasyarakatan dijalankan bagi menaiktaraf hidup masyarakat di Meru, Selangor.

Saya juga seorang rakyat seperti anda, saya juga pernah merasai kesusahan dan memerlukan bantuan. Mandat yang diberi kepada saya, semestinya saya akan kongsi dan menggalasnya dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraaan anda.

Beliau juga berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir.

Ketahui Lanjut

Misi Saya

Untuk mewujudkan ekosistem masyarakat yang berilmu dan berkebajikan berdasarkan gagasan Islam sebagai pemangkin kesejahteraan sejagat.

Tagline

Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghaffur yang bermaksud Negeri yang baik bersama Tuhanmu Yang Maha Pengampun.

Aspirasi

Kita akan membina kesejahteraan melalui aktivisme, pendidikan dan perundangan untuk memastikan pembangunan sosial, ekonomi dan politik dikawal berpandukan Islam demi memberi keadilan kepada semua pihak.

11288

+

Facebook Likes

1647

+

Instagram Followers

36892

+

Jumlah Pengundi

17085

+

Pengundi PAS

Kerana Anda Keutamaan Kami

Mencipta Kejayaan Bersama

Tue Dec, 2015
Wed Dec, 2015
Mon Nov, 2015
Kami Di Sini

Untuk Mendengar dan Membantu Anda

Ayuh Menjadi Sukarelawan

Briged Amal

Sertai kami dalam perjuangan ini untuk membina esok yang lebih baik. Sangat mudah, menyeronokkan dan kami memerlukan anda. Membuat perbezaan dan perubahan untuk masa depan anak-anak kita, negeri dan negara kita. Sertai Hari ini.

Sentiasa Berdedikasi

Wakil Rakyat Pilihan Anda

DR HALIMAH ALI
Penyelaras DUN Selat Klang

YB DR HJH HALIMAH ALI   PENGALAMAN

DR HALIMAH ALI

Penyelaras DUN Selat Klang

DR ABD RANI OSMAN
Penyelaras Parlimen Kapar

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang dokt

DR ABD RANI OSMAN

Penyelaras Parlimen Kapar

WAN HASRINA WAN HASSAN
Penyelaras DUN Sementa

NAMA             : Hajjah Wan Hasrina Bt W

WAN HASRINA WAN HASSAN

Penyelaras DUN Sementa

Untuk Anda

Kami Berikan Yang Terbaik

84%
kepimpinan
80%
Kepercayaan
85%
Pencapaian
79%
Kepuasan
Pengundi Berdedikasi

Bersama Kita Perjuangkan

Pembangunan Pendidikan Berprestasi Tinggi

Kami sentiasa berusaha memastikan semua anak-anak dapat menerima bantuan dan sokongan persekolahan bagi membentuk masa depan mereka yang lebih baik dan berjaya. Pelbagai usaha menaiktaraf sekolah, memperbaiki kemudahan sedia ada, sumbangan kebajikan diberikan kepada keluarga yang memerlukan. Kami sedia membela dan membawa suara anda agar kita dapat mencipta kesejahteraan bersama.

Menaiktaraf Infrastruktur dan Kemudahan

Pelbagai projek pembangunan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anda agar lebih terjamin. Kami berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan anda untuk mencipta persekitaran kehidupan yang lebih sejahtera.

Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Awam

Sejumlah dana pembangunan keluarga khususnya wanita dan warga emas serta kebajikan awam telah dibelanjakan untuk membeli, memberi dan berkongsi manfaat bersama. Perkara ini penting kerana anda sebagai rakyat umpama keluarga yang perlu dijaga bagi kami.

Pasukan jentera kami daripada PAS sentiasa komited dan bersedia untuk menabur bakti membela kebajikan masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa dan warna kulit. Semangat sukarelawan dalam kalangan kami menjadikan kami teguh dengan prinsip perjuangan berlandaskan Islam sebagai rahmat untuk semua.
Sumbangan kebajikan antara agenda utama kami untuk membantu warga yang kurang bernasib baik dan ditimpa bencana. Hasil sumbangan orang ramai dan daripada pihak kerajaan negeri sendiri kami usaha sebaik mungkin untuk salurkan kepada mereka yang paling memerlukan. Justeru, terima kasih kepada mereka yang bermurah hati untuk menyumbang demi membentuk komuniti yang lebih berkebajikan dan harmoni.
Kami juga sangat mementingan sistem pengurusan yang terbaik, sama ada dari segi pengurusan kewangan, program, urustadbir dan sebagainya untuk memastikan anda dapat berurusan dengan kami dengan mudah dan efektif. Pandangan dan maklumbalas daripada anda sememangnya sangat diperlukan untuk kami tambah baik dan berusaha berikan perkhidmatan terbaik kepada anda rakyat di Parlimen Kapar.