• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

WINS – WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA

WINS – WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA

MODEL ASAS NEGARA

  • Panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip Islam dalam realiti moden.
  • Bermula dengan menawarkan solusi kepada masalah yang memBelenggu Negara,
  • Cadangan membawa negara maju ke hadapan
  • Menjadi contoh kepada negara lain di seluruh dunia
  • Membangun sebuah negara moden dalam kerangka prinsip dan dasar Islam.

 

DASAR WINS

  • Sejahtera: Negara yang menjamin ketenteraman, kemakmuran dan kesenangan, kepada rakyat. Ini terhasil daripada gabungan prinsip Perlembagaan Negara, pembangunan manusia dan ekonomi yang menekankan aspek keadilan kepada semua lapisan rakyat.
  • Berkebajikan: Pemerintah dan rakyat saling bekerjasama melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan memberi manfaat kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

 

FALSAFAH WINS

Membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. (Fasal 5. Ceraian 1, Perlembagaan PAS)

 

10 PRINSIP WINS

  1. Pematuhan kepada syariat dan penyelesaian mengikut prinsip Islam
  2. Insan berkualiti merangkumi akal, rohani dan fizikal adalah aset terpenting negara
  3. Kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk semua lapisan rakyat
  4. Pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri dan rakyat/komuniti
  5. Peranan jelas dan cekap antara kuasa Politik dan kuasa Ekonomi. Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, Perancang Program, dan Pemantau. Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
  6. Pematuhan kepada Dasar Pemisahan kuasa Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judisiari tanpa ada campur tangan di antara satu sama lain
  7. Menaiktaraf hidup golongan miskin & pengurangan kos sara hidup
  8. Penstrukturan sistem percukaian berdasarkan sistem ekonomi Islam
  9. Pembangunan negara berasaskan prinsip lestari dan mapan
  10. Kehidupan beragama sebagai asas kestabilan dan keharmonian antara kaum

 

TERAS UTAMA, KUNCI CAPAIAN DAN PROGRAM INDUK

  1. Teras Utama ialah bidang-bidang yang dikenalpasti menjadi tunjang kemajuan negara. Ada sepuluh (10) teras utama negara menjadi fokus WINS untuk Fasa 1.
  2. Kunci Capaian ialah aspek kesejahteraan yang dinilai dan mahu dicapai di dalam setiap Teras Utama. Ada enam (6) kunci capaian untuk WINS2051 Fasa
  3. Setiap Kunci Capaian akan dibangunkan Indikator Pengukuran dan Sasaran(KPI) WINS.
  4. Program Induk adalah gabungan solusi, projek strategi dan program pembangunan dasar untuk mencapai sasaran KPI WINS di dalam Teras Utama.
  5. Pelaksanaan Program Induk mesti mematuhi 10 prinsip WINS.
  6. Proses pengukuran keberkesanan terhadap Projek strategi dan Program pembangunan dasar di dalam Program Induk adalah berdasarkan KPI yang digariskan.

 

Untuk Maklumat Lanjut

Layari : https://pas.org.my/wp-content/uploads/2018/01/WINS-2051.pdf

 

Comments

1 Recent Comments

  • admin

    Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry’s standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged.

Leave a Reply