• + 603-3291 4250
  • Khidmat Rakyat Parlimen Kapar

JAMBATAN KG. DELEK

JAMBATAN KG. DELEK

Alhamdulillah hasil sokongan dan dokongan orang ramai, isu ini telah dibawa oleh ADUN Selat Kelang, YB Dr Halimah Ali ke sidang DUN bagi meluluskan peruntukan bajet projek pembinaan jambatan Kg. Delek. Semoga dengan adanya jambatan ini dapat memudahkan lagi urusan warga rakyat tempatan. Di samping, mengurangkan kesesakan lalu lintas melalui jalan raya yang sentiasa kami usaha sebaik mungkin utk diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Kami sentiasa berusaha meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai perkara utama yang perlu diselesaikan. Menjadi tanggungjawab kami menunaikan amanah kami bagi pembangunan taraf hidup anda warga Parlimen Kapar.

Kami percaya, hubungan dan kerjasama baik antara kami bersama warga Parlimen Kapar akan lebih erat terbentuk demi mewujudkan ekosistem kehidupan yang lebih selamat, sejahtera dan maju untuk anda dan kita semua.

Leave a Reply